Saturday, November 26, 2011

turun naik....


salam kerinduan readers sekalian....

dh lame tk update blog nie....rindu rasenye....

sebelum meneruskan kata2....izinkanlah utk diri ini membahasakn diri sbgai aq...

bukannya ape cume ingin merapatkn hubungan sesame kita...bolehkan??

tjuk blog ni turun naik tp bukan bermaksud berat badan yg turun naik k?

yg mksudkn ialah iman kita yg selalu je turun naik....kejap kuat kejap lemah....

sementelahan cuti yg panjg nie memungkinkn bermacam2 aktiviti lagha dibuat oleh student 2 yg sedang berholiday mcm aq nie....

sebagai contoh chatting,facebooking,tengok movie @ drama....layari lmn web yg ntah ape2....

pendek kate smua aktiviti tu ade kaitan dgn laptop atau komputer...

perkara mcm nie dh jadi darah daging bg golongan remaja remaji zaman moden ni...

kononnye nk ikut peredaran mase...

tk dpt aq nafikan teknologi sgt membantu dgn memberikan macam-macam jenis info...

cume kita yg patut bijak memilih informasi tersebut....baik buruknye kita yg tentukan

carilah pengetahuan2 agama daripada blog2...nescaya dpt lah kita memperkaya lagi pengetahuan kite yg cetek sebelumnye....

di samping meningkatkan keimanan kita pd Yg Maha Esa....

aq pon sekarang nie dlm proses berhijrah drpd dulu seorg yg suke menghabiskan mase dgn tengok cerite2 cinta yg mengkhayalkan kpd membaca buku La Tahzan...(kitab agama la mksudnye)

aq jugak tgok video2 ustaz idrus kt Youtube tu...byk ilmu aq dpt tau...

drpd tgok cerite yg nth ape2 sekarang nie lebih baik kita cuba selami mksud hadis dan Al-Quran drpd pengajian2 agama....

tk dpt pergi pengajian tu,tgok video dia pon tk ape...sama shja manfaat yg diperolehi...

apa yg boleh kita lakukan sekarang ialah bersiap sedia dengan bekalan bagi Hari Pengadilan kelak....yg kurasakankan tk lame je lg....

sebabnye skrg nie tanda2 kiamat kecil dh bnyk berlaku di sekitar kita sekarang nie....

aq jugak takut bila memikirkan persoalan2 tntg kematian...
bila aq mati...di mana?macam mane jenazah aq diperlakukan....
adakah aq dpt Husnul Khatimah(kesudahan yg sebaik-baiknya)?

bila aq fikir sejenak hal ni..
dengan bebanan dosa yg byk aq pikul,layakkah aq mendapatkan penghormatan itu?wallahualam...

so sekarang ape yg boleh dilakukan di saat ini ialah bykkn buat benda2 yg bemanfaat dn tinggalkan segala mksiat yg pernah dilakukan sebelum ni....Insya-ALLAH,Yang Maha Mengasihani akn memberikan rahmat pd usaha kita nanti..amin...

salam keimanan buat saudara saudari sekalian...

Thursday, November 3, 2011

Dear Silent Readers...


What am i gonna do?

Now i'm so lazy to update my blog anymore...

Even my novel is not finish yet...

I don't have any idea to complete it...

Before this i am full of enthusiasm and will endeavour all my mights to update my blog but then....i feel just want to give up already...

if there are silent readers who read my blog,please do give some opinions about my novel....

sayonara...

Wednesday, October 19, 2011

AFTER YOUR DEATH!


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha P erkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ - P emimpin yang adil.


ⅱ - Orang muda yang taat kepada perintah Allah.


ⅲ - Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.


ⅳ - Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.


ⅴ - Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".


ⅵ - Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).


ⅶ - Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. P ertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.


✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ - Meringankan penderitaan makhluk di P adang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


ⅱ - Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


ⅲ - Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. P ustaka Nasional Singapura 2004.


☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.


② Doa anak²nya yang soleh.


③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Petanda-petanda Hampirnya Kiamat




Hadith :

Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat mengingati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"

Tanda-tanda KIAMAT kecil DAH BERLAKU!!


Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam. Amin…Amin…Amin
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis sahih:


1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2. Zina bermaharajalela.”Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3. Bermaharajalela alat muzik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. “Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.


5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6. Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10. Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim

12.Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
”Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2″ – Sahih Muslim


Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Please READ!!! This is sooooo IMPORTANT....


Assalamualaikum...this is just a reminder to you and me.As a muslim,we have to read Al-Quran (The guidance from ALLAH) right??but I just wondering why a lot of muslims nowadays not reading AL-Quran anymore??I know that many of us had finished read AL-Quran once...but is it enough to 'khatam' just one time to get the Paradise from ALLAH??The answer is absolute NO! We as the true believer must read,understand and practise the teachings from ALLAH in the Quran.Can't we spend just 5 MINUTES to read Quran??are we too busy to read it??think yourselves if you have 'Akal'....

IKUTI KISAH BENAR INI

Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah Saw melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah Swt. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat. Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.

Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.

Rasulullah Saw lalu bertanya lagi, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi yang membaca seluruh Al Quran?”. Jibril As menjawab, “Untuk setiap huruf yang ia baca, Allah akan menciptakan satu malaikat yang akan menanam sebatang pohon untuknya di surga”.

Lalu Rasulullah Saw melihat pula 3 cahaya memancar ke 3 arah. Beliau bertanya, “Apakah itu, wahai Jibril?”. Jibril As menjawab, “Salah satunya adalah cahaya dari Ayat Kursi, kedua adalah cahaya Surah Yaa Siin dan yang ketiga adalah cahaya Surah Al Ikhlas”.

Rasulullah Saw lalu bertanya lagi, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi mereka yang membaca Ayat Kursi?”. Jibril As menjawab, “Allah berfirman,’Inilah sifat-Ku, dan siapapun yang membaca akan melihat-Ku di Hari Kiamat tanpa penghalang”.

Lalu Rasulullah bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Yaa Siin?”. Jibril As menjawab, “Jawaban yang sama dari Allah. Siapapun yang membacanya akan menerima 80 rahmat. Dua puluh malaikat akan membawakan 20 rahmat pada kehidupannya. Dua puluh malaikat lain akan membawakan 20 rahmat pada kematiannya. Dua puluh malaikat lain akan membawakan 20 rahmat pada kuburnya. Dua puluh malaikat lain akan membawakan 20 rahmat pada Hari Kiamat”.

Rasulullah Saw bertanya, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

Taken from book of Syaikh Muhammad Hisyam Kabbani; Angels Unveiled: A Sufi Perspective (translated).

Rasulullah Saw bersabda dalam sebuah hadits, “Bukankah engkau telah bersaksi, bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan aku ini utusan-Nya?. Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya salah satu ujung dari Al Quran itu berada di sisi Allah, dan ujung lainnya berada di tanganmu sekalian. Maka berpegang teguhlah padanya, karena sesungguhnya kamu sekalian tidak akan sesat dan binasa selamanya (bila berpegang teguh pada Al Quran)”.


Wa Allahu A’lam.


(MQ. Time) Berbahagialah orang selalu membaca Al Quran, karena akan lembut hatinya, tenteram batinnya dan sehat jiwa raganya. Sesungguhnya Allah Swt memuliakan beberapa kaum, karena mereka mengerti Al Quran. Rahmat dan ampunan Allah akan tercurah pada hamba-Nya yang banyak membaca Al Quran.


Wassalam..