Monday, July 21, 2014

Saya nak ambil bidang farmasi.Tapi bagaimana caranya?

NEGARA masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta.Tak percaya?Sebenarnya jumlah siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya. So, kerajaan telah mewujudkan kursus farmasi di beberapa universiti tempatan, di samping menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti program ini.Best kan?
Oleh itu, siswazah sains farmasi tak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak.Ha tak caya lagi?
Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksaan ubat-ubatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit.
Mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubatan-ubatan di samping bekerja sendiri.
Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik.Atau mungkin lebih lagi.Wow!
Bagi yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan.

Syarat untuk menceburi bidang ini

Untuk menceburi bidang ini, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan atau luar negara. Selepas memperolehi ijazah, mereka perlu mendaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pegawai farmasi.Yes,kena dafter dulu okey?

Tempat melanjutkan pengajian

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus farmasi di peringkat ijazah sarjana muda. Universiti-universiti itu ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Britian juga menawarkan program ini.Untuk sesiapa yg berminat nak gi luar negara,inilah peluangnya!

Syarat yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini.
Cara pertama: Of course pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik. Kelulusan ini membolehkan pelajar mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi sains selama satu setengah tahun. Selepas tamat pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian farmasi di peringkat ijazah pertama untuk tempoh empat tahun.

Cara kedua: Pelajar akan terus ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya prinsipal dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya. Pemegang Diploma Farmasi daripada Kementerian Kesihatan, Diploma Sains atau diploma lain yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan boleh memohon untuk mengikuti program ini.

Cara ketiga: Terdapat universiti seperti UKM mengambil calon melalui saluran kedua. Calon-calon yang memohon melalui cara ini perlu mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat SPM. Calon juga perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun di bidang berkaitan.Ya,kena kerja dulu. Misalnya sebagai pembantu farmasi atau jurujual ubat di syarikat farmaseutikal.

Cara keempat: Di bawah Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun yang dikendalikan oleh Universiti Malaya (UM), calon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPM Vokasional (SPMV) dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya empat mata pelajaran terdiri daripada mata pelajaran Sains, Matematik dan teknikal.Oh boleh pergi negara Sakura juga.Untungnya!
**************************************************************************************************************************************
Peranan ahli farmasi lebih tertumpu kepada terapi ubatan iaitu memastikan ubat diberikan kepada pesakit dan orang ramai selamat, berkesan dan berkualiti serta memberi maklumat seperti kebaikan dan kesan sampingannya.

Mereka bertanggungjawab melindungi pesakit daripada ubat merbahaya, iklan ubat memperdayakan dan amalan perubatan yang salah menerusi penguatkuasaan akta dan peraturan berkaitan. 

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mengenalpasti masalah pengambilan ubat pesakit dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian kepada kesan sampingan dihadapi seperti alahan. 

Antara rutin ahli farmasi adalah memberi kaunseling mengenai ubat kepada pesakit dengan menjelaskan cara pengambilan ubat yang betul, memaklumkan kesan sampingan mungkin dialami, cara penyimpanan ubat serta makanan perlu dielak apabila mengambil sesetengah ubat. 

Ahli farmasi yang berkhidmat di hospital, katanya, akan turut ditempatkan di wad untuk menjalankan aktiviti farmasi klinikal termasuk memantau pengambilan ubat pesakit seperti menyaring ketepatan dos, ubat yang betul dan kekerapan pengambilan ubat yang sewajarnya. 

Mereka juga akan mendapatkan maklumat sejarah pengambilan ubat pesakit bagi memastikan tiada alahan dan memastikan pesakit tidak mencampur adukkan pengambilan ubat tradisional dengan ubat hospital kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan. 

Kini, aktiviti ahli farmasi juga kian berkembang apabila turut memberi perkhidmatan ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ iaitu memberi kaunseling kepada pesakit sebelum mereka berjumpa pakar atau pegawai perubatan bagi memastikan tahap pematuhan pesakit terhadap ubat diambil.

Antara tugas lain dijalankan ahli farmasi di hospital adalah membuat pembelian ubat, memastikan pesakit diberikan ubat yang betul serta memastikan proses pemberian ubat berjalan lancar iaitu masa menunggu maksimum 20 minit mengikut saranan Kementerian Kesihatan. 

Antara cabaran dihadapi ahli farmasi kini adalah melaksanakan sepenuhnya Kempen Kenali Ubat Anda iaitu memastikan pesakit mengetahui nama ubat serta mengamalkan cara pengambilan betul termasuk dos, masa dan ubat yang betul. 

Ahli farmasi juga perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran pengguna agar hanya mengambil ubat dari sumber boleh dipercayai seperti pegawai perubatan, klinik dan farmasi serta menghindari ubat dijual di kaki lima atau kedai runcit.

Peluang pekerjaan ahli farmasi bukan saja di hospital, malah boleh berkhidmat di farmasi komuniti pusat beli belah, pensyarah, pengurus produk di syarikat farmaseutikal, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan serta pegawai penyelidik. 

Potensi kerjaya sebagai ahli farmasi adalah cerah kerana kerajaan kini dalam usaha mengurangkan nisbah penduduk kepada ahli farmasi daripada 1:4,335 kepada 1:2000. 

Persatuan Farmasi Malaysia juga dalam usaha mendapatkan ‘Dispensing Right’ ahli farmasi bagi membolehkan lebih banyak Farmasi Komuniti dibuka sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi graduan bidang ini.

Kelayakan akademik bagi menjadi ahli farmasi adalah Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan antara universiti yang menawarkan program ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Mara serta Universiti Sains Malaysia.



Bidang Pengajian Sains Farmasi


Tahukan anda, mungkin ada antara kita yang mendapat tawaran pengajian sains farmasi.
Apakah  subjek sains farmasi ni? Konsep apa yang dipelajari? Apa prospek kerjayanya?
Pengajian sains farmasi ini juga salah satu bidang yang baik untuk korang pilih. Sejajar dengan kemajuan dunia serta cara hidup yang rendah kualitinya membuatkan ramai yang menghidapi penyakit walaupun penduduk yang semakin bertambah. Bidang sains farmasi ini banyak ditawarkan di universiti awam dan juga segelintir di universiti swasta. Contoh di peringkat ijazah ialah Ijazah Sarjana Muda Farmasi ( kepujian ). Kebiasaannya kursus ini tempoh belajarnya adalah 4 tahun.Kejap je kan?Heh...

Apakah yang dipelajari ?

Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :

  • Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil.
  • Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
  • Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
  • Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
  • Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.Surely ni paling mantap.You Know what I mean (==)v
  • Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Kerjaya?

  • Hospital adalah paling sinonim termasuk hospital-hospital di universiti, angkatan tentera, kerajaan dan juga swasta.
  • Bertugas dalam pengurusan dalam syarikat-syarikat farmaseutikal Multi-nasional dan tempatan
  • Menyambung pengajian sebagai pensyarah dengan terlibat dalam akademik dan penyelidikan.Ok,ini paling best dan paling kurang jumlah pharmacistnya!
  • Terlibat dalam industri Farmaseutikal  ( pengeluaran dan jaminan, mutu, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan )
    Sekarang sudah boleh mula rancang kerjaya!