Wednesday, October 19, 2011
Tanda-tanda KIAMAT kecil DAH BERLAKU!!
Bersyukurlah hari ini kita ditakdirkan lebih kaya dari semalam. Amin…Amin…Amin
Antara TANDA2 KIAMAT KECIL berdasarkan hadis sahih:
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,
Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2. Zina bermaharajalela.”Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3. Bermaharajalela alat muzik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. “Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah
4. Menghias masjid dan membanggakannya. “Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6. Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.”Sesungguhnya diantara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10. Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim
12.Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
”Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2″ – Sahih Muslim
Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment