cerpenku:Pertama kali

Pagi nirmala.Awan biru berambal-ambalan di kaki langit.Cuaca cukup indah sekali.Besar sungguh keagungan dan kekuasaan yang Maha Pencipta.Sedang aku menikmati pemandangan yang menakjubkan pada tika itu,tanpa kusedari ada sepasang mata jejaka yang tampan memandang aku dengan renungan yang tajam.Hatiku berdegup kencang.Tanpa kusedari tanganku menggeletar.Entah kenapa.Argh!!Aku telah terlewat untuk menghadiri kuliah pertamaku....mengapa hal ini terjadi?Kenapa tiada seorang pun teman sebilikku yang mahu mengejutkan aku pada hari ini..?Mungkinkah kerana kami masih belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mesra lantas mereka bersikap mementingkan diri sahaja...sungguh mengecewakan...sudahlah aku tidak tahu selok-belok universiti di sini...di mana pulalah blok kuliahku ini...isy...kejamnya dunia.....

"Assalamualaikum.... maaf,boleh saya tanya di mana blok Cempaka Biru?"tanyaku kepada seorang penuntut lelaki yang sedang khusyuk membaca buku.Lantas dia memandangku dengan pandangan menghairankan.Menerusi riak mukanya kutahu bahawa dia tidak menyenangi kehadiranku di situ.Namun pemuda tadi tetap mengukirkan senyuman.Dia berpura-pura membetulkan cermin matanya."Awak penuntut baru di sini?"tanyanya kepadaku."Ehm...betullah tu...saya newbie kat sini...semester pertama dari fakulti perubatan..,"kataku pantas."Oh ye ke?Maaf saya Esma dari fakulti kejuruteraan kimia..saya senior tahun ketiga kat sini..."katanya memulakan perkenalan."Maaf, sebenarnya saya dah terlewat untuk ke kuliah pertama saya.Boleh saya tahu di mana blok Cempaka Biru tu?"tanyaku lagi."Ahh...so sorry..terlupa pula saya ni...emm blok tu tak jauh dari sini..belok kanan nanti awak jumpa kafeteria..blok tu sebelahnya saja.."jawabnya malu-malu."Terima kasih ye bang.."kataku lalu terus ke arah yang dikatakannya.

Pemuda tadi kelihatan pelik.Dia seakan-akan kurang mengerti dengan kataku sebentar tadi.Namun wajahnya menenangkan sesiapa sahaja yang memandangnya.Argh!..adakah aku telah jatuh cinta padanya?Kusut betullah macam ni...aku ni sememangnya gadis yang mudah jatuh cinta.Walaupun orang itu baru pertama kali ditegur....hai apalah aku ni...argh...janganlah turutkan perasaan mengarut ni...oh..itu dia blok itu...aku mesti cepat kalau tdak matilah aku!!Aku bermonolog sendiri.

Alamak..prof dah mula dah...apa aku nak cakap ni?okey...bawa bertenang Mia...ko cakap kat prof tu ko tak sengaja lambat...mesti dia maafkan punya...bismillah...Lantas aku terus melangkahkan kaki ke dalam bilik kuliah yang berhawa dingin itu.Semua mata merenungku termasuk pensyarah yang mukanya sudah kelihatan merah padam menahan marah..."Prof,I'm so sorry for my lateness..i can't find this block for the first place...and i..."kataku ketakutan."Enough!I don't want to know about your lame excuses...just sit down,"jawabnya tegas.Aku terus masuk dan meninjau tempat duduk yang kosong.Hanya ada satu tempat duduk yang tinggal.Hanya ada satu tempat duduk yang tinggal iaitu terletak di antara dua penuntut lelaki. Darn it!why??Aku merasa serba salah samaada mahu duduk di situ atau tidak.Kalau aku duduk di situ pasti pelajar perempuan lain mengangap apa pula kepadaku ini.Lama juga aku tercegat di tepi tembok itu untuk berfikir.Lantas aku mengambil keputusan drastik untuk duduk sahaja di situ.Renungan tajam dilemparkan ke arahku.Kenapa pula?Salahkah aku dalam keadaan terdesak seperti ini?Desus hati kecilku.

Setelah aku duduk di situ, pemuda berkaca mata yang duduk di sebelah kiriku menegurku."Hai,nama saya Rafi..salam perkenalan..."katanya sambil menghulurkan tangan.Aku menjadi serba salah kerana aku tidak dapat menyambut salamnya kerana kutahu haram antara lelaki dan perempuan bukan mahram bersentuhan tangan."Maaf ,saya Mia.Nice to meet you,"jawabku tanpa bersalam dengannya.Aku cuba untuk mengukir senyuman kepadanya."Oh, i'm sorry...saya lupa haram bersalam dengan bukan mahram...hehe..."jawabnya sambil tergelak kecil.Aku hanya tersenyum.Di sebelah kananku pula ada seorang pemuda yang kelihatan bergaya dari segi penampilannya.Namun dari riak mukanya dia kelihatan sombong.Aku memutuskan untuk tidak menegurnya.

Setelah hampir 2 jam mendengar syarahan profesor Azri mengenai prosedur yang perlu diikuti semasa berada di makmal,semua penuntut beredar meninggalkan dewan kuliah.Aku terus berkemas untuk balik ke dorm aku."Ehm...maaf ye tadi saya tak tegur awak dalam kuliah tadi.Nama saya Rasya.Selamat berkenalan..."kata jejaka bergaya yang duduk di sebelahku tadi.."Saya Miasara.Panggil Mia je.."jawabku ringkas."Oh, nice name you have...ar...lepas ni awak nak ke mana?"tanyanya lagi."Saya nak balik dorm kat Blok Mawar,"kataku."Boleh saya hantarkan awak?Sebab dorm saya pun dekat-dekat situ juga...bolehkan?"pelawa jejaka tampan itu."Emm kalau tak menyusahkan awak la..."jejaka itu terus tersenyum.Senyumannya sungguh memikat hati dan bisa mencairkan jiwa semua gadis.Mungkinkah dia ini seorang playboy?Aku sendiri tidak dapat memastikan kesahihannya. Daripada pemerhatianku, dia adalah seorang pria idaman yang bijak menutur kata manis sahaja.

"Mia,kalau awak sudi,naiklah motor saya ni.Saya tumpangkan."ajak pria tampan tadi.Tak pernah seumur hidupku untuk menunggang motorsikal dengan mana-mana lelaki.Pantang bagiku untuk melakukan itu kerana bagiku ia suatu dosa yang besar pada seorang wanita muslimah yang wajib menjaga maruah dirinya.Lantas aku menolak ajakannya dengan cara yang baik.Nasib baiklah dia mengerti kata-kataku ini.Malahan dia meminta maaf pula atas sikapnya yang tidak sensitif pada golongan muslimah sepertiku.Aku bersyukur kerana ada yang memahami.Mungkin bagi sesetengah orang aku ini perempuan kolot yang tak tahu arus kemodenan zaman.Namun,aku tidak mengendahkan tohmahan sebegitu.Biarlah apa orang lain mahu perkatakan.Asalkan aku hidup bertunjangkan prinsip dan ajaran Islam yang sejati.Aku tidak akan tunduk dengan kebebasan yang berleluasa marcapada ini.Meskipun aku tahu,dengan sikapku ini pasti ada yang menjauhkan diri daripadaku.Biarlah..Cetus hatiku.

Setelah aku menolak pelawaan pria itu,aku mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja.Aku terus melangkah ke pondok menunggu bas yang berdekatan.Ramai juga yang menunggu bas di situ.Aku segera duduk di bangku yang kosong.Aku melihat seketika gelagat manusia di sekitar pondok bas itu.Ada yang asyik berbual.Ada yang termenung.Malahan ada yang melelapkan mata.Letih sangat agaknya.Sepuluh minit kemudian,bas yang ditunggu pun muncul.Aku melangkah laju ke arah bas itu.Namun semua orang berasak-asakan untuk masuk ke dalam bas itu sehingga aku hampir terjatuh akibat ditolak oleh seorang gadis.Nasib baiklah tanganku disambut oleh seorang jejaka yang sempat menahan aku daripada terjatuh.Aku berasa agak malu pada ketika itu kerana semua orang memandangku.Aku tahu aku ini seorang yang cuai orangnya sehingga apa sahaja yang kulakukan serba tak kena.Aku terus mengucapkan terima kasih pada lelaki yang tidak kukenali itu tanpa memandang wajahnya kerana perasaan maluku yang tinggi.Aku terus masuk ke dalam bas dan membayar tiket bas lalu mencari tempat duduk yang kosong.

Namun apa dayaku semua tempat kosong sudah dipenuhi.Jadi aku terpaksa berdiri saja sambil memaut erat pada tiang besi yang telah disediakan.Risau juga aku kalau aku mungkin terjatuh atas orang lain seperti tadi kerana saiz tubuhku yang kecil ini.Tiba-tiba sahaja ada seorang pemuda menyapaku."Cik,maaf.. Apakata awak duduk di sini dan saya berdiri gantikan cik,"kata pemuda itu.Aku memandang wajahnya seketika.Tanpa kusedari pemuda yang menyapaku ini adalah orang yang sama yang membantu aku tadi.Aku menerima ajakannya dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepadanya.Pemuda itu hanya tersenyum sahaja. Alhamdulillah...masih ada insan yang berhati suci seperti dia untuk membantu insan kesusahan macam aku ini.Aku mengucapkan kata syukur pada Ilahi.

Setelah beberapa minit perjalanan,aku sampai ke destinasi yng kumahu tuju.Alhamdulillah...sampai jua aku.Sebaik aku mahu turun dari bas aku memalingkan muka seketika ke arah pemuda yang baik itu.Aku mengukirkan senyuman manis pada insan itu bagi menunjukkan rasa penghargaan kepadanya.Dia membalas senyumanku.Aku terus turun dari bas itu tanpa berlengah lagi dan menuju ke dorm aku.Kali ini,aku mesti cuba beramah mesra dengan roomate aku.Kalau tidak susah aku nanti bila aku ditimpa kesulitan."Assalamualaikum...ada orang tak?"sapaku sebaik aku masuk ke dalam bilikku."Waalaikumsalam....masuklah...",jawab roomate ku yang belum ku kenali lagi."Hai,nama saya Miasara binti Musa.Siapa nama awak?"tegurku."Saya Wan Nadira.Saya berasal dari Kelantan.Selamat berkenalan."kata roomate aku yang berwajah ayu dan berkulit putih gebu itu.










Keesokan harinya...
Aku ke kuliah bersama roomateku.Kebetulan kami dari kuliah yg sama.Maka kami mengambil keputusan untuk pergi ke kelas bersama.Aku merasa senang apabila berbicara dengannya kerana tutur katanya yang sopan itu.Aku pasti sesiapa sahaja yang baru mengenali gadis ini pasti merasa keakraban ketika berbual dengannya.Ketika kami rancak berbual sementara menunggu bas tiba-tiba kami ditegur dari belakang. "Hai cik adik manis,berdua je?nak kemana?meh abang hantarkan...",pelawa seorang pemuda yg berpakaian selekeh itu.Aku dan Wan Nadira merasa tak keruan lantas kami bangun dan berlari ke arah bas yang hampir tiba di tempat hentian bas itu.Tanpa kuduga lelaki tadi pantas memegang begku dan manarik diriku ke arahnya.Aku menjerit sekuat hatiku kerana aku begitu takut tatkala itu.
"Dush!"Satu tumbukan yang kuat mengenai muka lelaki tadi.Aku panik dan terus berlari ke arah Wan.Rupa-rupanya tumbukan tadi datang daripada seorang pria yg memakai kot tidak jauh dari tempat kami berdiri.Aku dan Wan saling berpandangan dan terkejut dengan kejadian itu.Lelaki yg ditumbuk tadi mengerang kesakitan lantas meninggalkan tempat kejadian.
"Awak tak apa-apa?",tanya hero yang telah menyelamatkan kami berdua kepadaku. "Tak..takda apa-apa",kataku pantas. "Oh...it's ok...serve him right...sapa suruh kacau anak dara orang kan?."balas pemuda itu. Kami hanya tertunduk malu atas jawapan lelaki itu.Lelaki itu tersenyum memperlihatkan ketampanan wajahnya yang hampir sahaja mencairkan hati kami.Aku terpesona dengan senyumannya.Aduh..adakah aku telah jatuh cinta?tak...tak mungkin begitu mudah Mia....isyh....kusut betulla macam ni.... "Emm... by the way my name is Edward .Nice to meet you girls.."kata pemuda itu lagi.Alangkah terkejutnya kami setelah mendengarnya kerana kami menyangka pemuda itu orang Melayu.Tapi rupa-rupanya bukan!


"Ah!Nice to meet you too.Emm my name is Mia.And this is my friend Wan Nadira.Thank you for saving us Edward.Is your hand hurt?It looks like sweelling isn't it?"aku membalasnya."Nice names girls...by the way tangan saya tak sakit pun...and rasanya tak perlu cakap bahasa inggeris dengan saya sebab saya kacukan Inggeris-Melayu.Emak saya orang melayu,ayah saya pula orang England.Nama Islam saya ialah Esma bin Yusuf.
 "OOh...patutla saya tengok awak macam orang Melayu je...tp ada iras-iras mat saleh sikit.."kata Wan Nadira.
"Hahaha.....patutla awak cakap bahasa Inggeris dengan saya sejak tadi...hehe... "ketawa pemuda itu lagi"
"By the way korang nak pergi mana?kuliah ke?Ambil course apa?