Hidup ini hanya sementara dan penuh tipu daya.
Kadang-kadang kurasakan aku tertipu dengan keindahan dunia ini
sehingga aku lupa pada alam yang lebih kekal iaitu alam akhirat.
Kadang-kadang aku ingat pada Yang Maha Esa.
Kadang-kadang aku lupa mengingatiNya.
Sungguh benar kata bahawa iman kita begitu rapuh dan ada masanya bertambah dan ada masanya berkurang.
Aku sering mencari apa hakikat sebenar hidup kita yang sementara di dunia ini.
Adakah untuk berpoya-poya,berpeleseran dan berseronok sahaja?
Apabila aku meneliti maksud AL-Quran,baru kumengerti bahawa hidup kita di alam fana
yang penuh pancaroba ini hanyalah untuk menjadi Khalifah yang mampu membawa kemakmuran dunia dan beribadat hanya kepadaNya.
SUBHANALLAH....
Maka marilah kita semua kembali bertaubat kepadaNya sebelum
malaikat maut mencabut roh kita dari jasad.
Pada masa itu "nasi sudah pun menjadi bubur"...
No comments:
Post a Comment