Thursday, June 18, 2015

Skin Ailment and Treatment

sekarang nie cuaca panas kan?ramailah yg mengeluh panas,berpeluh,gatal2 kulit dan segala macam aduan pasal kulit.
Jom kita ambiltahu tentang jenis2 dan kandungan bahan dalam krim2 sapuan di kulit kita,,,

Types of Skin Preparation

Solids
Liquid
Semisolids


1.Solids
Dusting powder
žSurface effect – drying, lubricating, antimicrobial
žFine-particle-size powder – drug or drug+excipient
E.g. miconazole powder for athlete’s foot

2.Liquids

a.Soaks – solutions of active ingredient
Astringent (potassium permanganate)OR
Emollient – oil bath

b.Applications – viscous liquid, usually contains parasiticides

c. Liniments – oily liquid rubbed into the skin, may contain analgesic and rubifacients

d.Lotions – aqueous solutions/suspensions that cools the skin
May leave a protective layer of solid

e.Collodions – painted on the skin and leave to dry
Film forming – longer drug contact with the skin e.g. salicylic acid collodion
Flexible type – seal minor wounds

f.Paints – concentrated antimicrobials applied with a brush e.g. podophyllin paint

3.Semisolids

a.Ointments – oily vehicles
žMay contain a surfactant to easily wash off
žEmollients, occlusive
žDrug delivery to the surface or deeper penetration

b.Creams
Emulsions
More cooling and less greasy than ointment
žSurface or deeper effect

c.Pastes
žVehicles with high solid content
Thick and don’t spread well to localize drug delivery

Revise balik Pharmacy practice

Sementelahan aq akan menjalani praktikal di sebuah kedai farmasi berdekatan rumahku,
(tak lah berapa dekat,agak2 1/2 km), jadi tidaklah menjadi suatu kesalahan utkku berkongsi ilmu tentang farmasi praktis nie...
Meh kita revise bersama...Masihkah kita ingat akan.....

Common Prescription Abbreviations

A.T.C. – around the clock
B.M/ B.O. – bowel movement/ bowels open
B.S. – blood sugar
B.S.A. – body surface area
Cr – cream
D5W – Dextrose 5% solution
D5NS – Dextrose 5% in normal saline (0.9%)
D/C – discontinue
D.W. – distilled water
Elix. – elixir
Emuls. – emulsion
e.o.d. – every other day/ alternate day
Ex. Aq – in water
Fld., fl – fluid
IM – intramuscular
Inj. – injection
IP – intraperitoneal
IV – intravenous
LA – local application
NSnormal saline; ½ NS – half normal saline (0.45%)
R/L – Ringer’s Lactate
Soln. – solution
Supp – suppository
Susp. – suspension
Syr. – syrup
Tab. – tablet
Tbsp – tablespoon
Tsp – teaspoon
Top. – topical
Tinc. – tincture

Drug Administration Times

Ordered time
Hour(s) to be given
QAM
0800
QHS
2100
BD/BID
0800, 1700
Q12H
0800, 2000
Q8H
0800,1600,2400
TID
0800,1200,1700
QID
0800,1200,1700,2100
Q6H

0600,1200,1800,2400


Commonly used Latin Abbreviations

a.c. – ante cibum : before meals
ad – up to
alt.h. – alternis horis : every other hour
bd/b.i.d – two times daily
et – and
guttae - drops
h.s.- hora somni: at bed time
lot. - lotion
mist. – mix
mitte – mix/make
nocte – at night
o.d. – omni die : daily/once daily
o.m. – omni mane : every morning
o.n. – omni nocte : every night
p.c.post cibum : after meals
prnpro re nata : as needed or when               necessary
p.o. – per os : by mouth or orally
p.r. – by rectum
pulv. – powder
qds/q.i.d – four times a day
q.s. – quantum sufficient: a sufficient
           amount
Rx – recipe : take
sig – write on label
stat – statim : immediately
tds/t.i.d. – three times daily
ut.dict. – as directed
ungunguentum : ointment  (occ. – for eye ointment)

Tuesday, June 16, 2015

cuti,puasa dan community attachment

Salam silent readers sekalian,
Apa khabar semua?
Semoga sihat dan dirahmati Allah hendaknya.
Sebelum tu aq nak minta maaf atas keusangan blog ini yg sudah sekian lama aq tak update.
Selepas hbis final exam sem2 tahun ketiga dalam jurusan Farmasi ni,aq baru ada masa nak update blog ni...
Sebenarnya tiada apa yg ingin aq curahkan kat sini.Sebabnya aq takde topik2 hangat lagi meletop nak share ngan korang yg aq tak tahu samaada korang wujud atau tak.Hahahah....{ketawa dalam paksa}
Aq dah beberapa hari bercuti.lagi 2 hari lagi nak Ramadhan lak.Pastu 21hb ni aq kena buat community attachment...Mohon doakan aq sukses hbiskan log book tu.
K lah tu je.Bye.

Tuesday, May 19, 2015

Beautiful Strangers

Orang asing yg cantik.
Itu lah tajuk yg aku nk bawakan pada korang yg terbaca blog aq yg sepi ni.
Kenapa tajuk ni?
Sebab selalu sangat kita jumpa orang cantik kat luar tak kira pompuan ke lelaki.Dua dua cantik.
Aww...geli pulak dengar perkataan lelaki cantik.Eh serius tk tipu.Zaman sekarang ni semua tk mustahil.
Kalo laki cantik i means physically well built lah.Kalo pompuan fulamak cun melecun. Kulit bersih! Flawless lah orang kata.
Lagi2 kalo kita tengok artis kpop n jpop whatever pop lah.Hai lawanyalah depa nie.
Terus kita jeles tahap geram ngan diorng ni.
Entahlah aku pun sebenarnya tk terkecuali.
Kadang2 aku tergoda juga dengan keindahan rupa paras diorang nie.Kadang2 aku tundukkan pandangan.Ya Allah malunya bila fikir bahwa aq juga terpesona dengan mereka!
Bagaimanalah anak muda zaman sekarang ni tak tergoda dengan keindahan mereka ni.Sungguh dahsyat penangan cantik sebenarnya.
Semua sebab tak tundukkan pandangan.Bila tk tundukkan pandangan,hati tertaut.Bila hati tertaut,tidur tak lena,mandi tak basah tringatkan orang tu.Allahurabbi.Hilang iman sikit demi sedikit terhakis dek pandangan nie!
Hidup pada akhir zaman ni Subhanallah banyak betul godaannya.
Hanya iman dan ilmu yg dapat selamatkan kita.Tak lupa juga doa dan kebergantungan padaNya.
SATU SAHAJA PERMINTAANKU.JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA UTK MELAWAN NAFSU.KITA KUAT SEBAB KITA ADA ALLAH.INGAT TU!
wallhualam.

Thursday, January 8, 2015

Finally...it is 2015.

08/01/2015

yep.dah masuk tahun 2015.
kejap ja kan masa berlalu?
pejam celik pejam celik ja dah masuk tahun baru.
masa bergerak pantas.
umur semakin bertambah.
namun amal adakah juga bertambah??
jawapan ada pada diri sendiri.

tahun baru ni tiada apa yg aku harapkan.
Aku hanya harapkan satu perkara ja.
Semoga Allah ampun dan terima taubat dan amalan aku.
Tiada perkara yg lebih membahagiakan selain drpd membayangkan bahawa semua dosa aku telah terampun dan semua amal aku diterima.
'Masuklah ke dalam syurga melalui mana2 pintu yg engkau sukai!"
oh betapa bahagia aku seandainya aku mendengar ayat itu.

Sungguh banyak dosa aku telah kumpul tahun2 lalu.
Banyaknya ketawa,
banyaknya lagu dan cerita maksiat yg aku tengok.
banyaknya umpatan dalaman,
banyak...sungguh banyak.
Hanya DIA yg mengetahuinya.

Ya ALLAH,ampunilah hambamu yg hina dan lemah ini.
Matikan aku dalam keadaan aku reda padaMu dan Kau reda padaku.

AMIN.
P/S:Moga tahun ini banyak kebaikan yg dilakukan,Kurangkan dosa.Tambahkan pahala!
.

Wednesday, August 13, 2014

Never

I must not give up.no matter what.
I would not.Never.
I believe in myself.
And i believe in Allah.

Monday, July 21, 2014

Saya nak ambil bidang farmasi.Tapi bagaimana caranya?

NEGARA masih kekurangan ahli-ahli farmasi sama ada di sektor kerajaan atau swasta.Tak percaya?Sebenarnya jumlah siswazah yang dilahirkan oleh universiti tempatan masih kecil bilangannya. So, kerajaan telah mewujudkan kursus farmasi di beberapa universiti tempatan, di samping menghantar pelajar ke luar negara bagi mengikuti program ini.Best kan?
Oleh itu, siswazah sains farmasi tak menghadapi masalah dalam mendapatkan pekerjaan memandangkan keperluan dan kepentingan yang mendesak.Ha tak caya lagi?
Antara peluang pekerjaan yang terbuka kepada siswazah sains farmasi ialah sebagai ahli farmasi, pegawai pendaftaran dan pemeriksaan ubat-ubatan di jabatan-jabatan kerajaan, pegawai penyelidik di institusi penyelidikan perubatan dan penyakit.
Mereka juga boleh bekerja sebagai pengurus bahagian pengeluaran, kawalan mutu dan pemasaran di firma-firma perusahaan farmasi, perunding dalam aspek ubatan-ubatan di samping bekerja sendiri.
Kerjaya di bidang ini mampu menawarkan pendapatan yang lumayan sekitar RM1,500 hingga RM2,000 terutama di sektor swasta, di samping ganjaran lain yang menarik.Atau mungkin lebih lagi.Wow!
Bagi yang berminat untuk membuka perniagaan sendiri, bidang farmasi berpotensi untuk berkembang apatah lagi pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat negara ini menceburi bidang perniagaan.

Syarat untuk menceburi bidang ini

Untuk menceburi bidang ini, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari universiti tempatan atau luar negara. Selepas memperolehi ijazah, mereka perlu mendaftar dengan Lembaga Farmasi Malaysia untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai pegawai farmasi.Yes,kena dafter dulu okey?

Tempat melanjutkan pengajian

Beberapa universiti tempatan ada menawarkan kursus farmasi di peringkat ijazah sarjana muda. Universiti-universiti itu ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Universiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Britian juga menawarkan program ini.Untuk sesiapa yg berminat nak gi luar negara,inilah peluangnya!

Syarat yang diperlukan untuk melanjutkan pengajian

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini.
Cara pertama: Of course pelajar perlu mendapat kelulusan yang baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu, Kimia, Biologi, Fizik, Matematik Tambahan dan Matematik. Kelulusan ini membolehkan pelajar mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi atau asasi sains selama satu setengah tahun. Selepas tamat pengajian di peringkat ini, pelajar akan ditawarkan mengikuti pengajian farmasi di peringkat ijazah pertama untuk tempoh empat tahun.

Cara kedua: Pelajar akan terus ditawarkan ke peringkat ijazah sarjana muda. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya prinsipal dalam mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengannya. Pemegang Diploma Farmasi daripada Kementerian Kesihatan, Diploma Sains atau diploma lain yang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan boleh memohon untuk mengikuti program ini.

Cara ketiga: Terdapat universiti seperti UKM mengambil calon melalui saluran kedua. Calon-calon yang memohon melalui cara ini perlu mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik di peringkat SPM. Calon juga perlu mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya lima tahun di bidang berkaitan.Ya,kena kerja dulu. Misalnya sebagai pembantu farmasi atau jurujual ubat di syarikat farmaseutikal.

Cara keempat: Di bawah Rancangan Persediaan Khas Ke Jepun yang dikendalikan oleh Universiti Malaya (UM), calon perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ SPM Vokasional (SPMV) dengan mendapat kepujian sekurang-kurangnya empat mata pelajaran terdiri daripada mata pelajaran Sains, Matematik dan teknikal.Oh boleh pergi negara Sakura juga.Untungnya!
**************************************************************************************************************************************
Peranan ahli farmasi lebih tertumpu kepada terapi ubatan iaitu memastikan ubat diberikan kepada pesakit dan orang ramai selamat, berkesan dan berkualiti serta memberi maklumat seperti kebaikan dan kesan sampingannya.

Mereka bertanggungjawab melindungi pesakit daripada ubat merbahaya, iklan ubat memperdayakan dan amalan perubatan yang salah menerusi penguatkuasaan akta dan peraturan berkaitan. 

Ahli farmasi juga bertanggungjawab mengenalpasti masalah pengambilan ubat pesakit dan cuba sedaya upaya mencari jalan penyelesaian kepada kesan sampingan dihadapi seperti alahan. 

Antara rutin ahli farmasi adalah memberi kaunseling mengenai ubat kepada pesakit dengan menjelaskan cara pengambilan ubat yang betul, memaklumkan kesan sampingan mungkin dialami, cara penyimpanan ubat serta makanan perlu dielak apabila mengambil sesetengah ubat. 

Ahli farmasi yang berkhidmat di hospital, katanya, akan turut ditempatkan di wad untuk menjalankan aktiviti farmasi klinikal termasuk memantau pengambilan ubat pesakit seperti menyaring ketepatan dos, ubat yang betul dan kekerapan pengambilan ubat yang sewajarnya. 

Mereka juga akan mendapatkan maklumat sejarah pengambilan ubat pesakit bagi memastikan tiada alahan dan memastikan pesakit tidak mencampur adukkan pengambilan ubat tradisional dengan ubat hospital kerana ia boleh mendatangkan kesan sampingan. 

Kini, aktiviti ahli farmasi juga kian berkembang apabila turut memberi perkhidmatan ‘Medication Therapy Adherence Clinic’ iaitu memberi kaunseling kepada pesakit sebelum mereka berjumpa pakar atau pegawai perubatan bagi memastikan tahap pematuhan pesakit terhadap ubat diambil.

Antara tugas lain dijalankan ahli farmasi di hospital adalah membuat pembelian ubat, memastikan pesakit diberikan ubat yang betul serta memastikan proses pemberian ubat berjalan lancar iaitu masa menunggu maksimum 20 minit mengikut saranan Kementerian Kesihatan. 

Antara cabaran dihadapi ahli farmasi kini adalah melaksanakan sepenuhnya Kempen Kenali Ubat Anda iaitu memastikan pesakit mengetahui nama ubat serta mengamalkan cara pengambilan betul termasuk dos, masa dan ubat yang betul. 

Ahli farmasi juga perlu memainkan peranan bagi meningkatkan kesedaran pengguna agar hanya mengambil ubat dari sumber boleh dipercayai seperti pegawai perubatan, klinik dan farmasi serta menghindari ubat dijual di kaki lima atau kedai runcit.

Peluang pekerjaan ahli farmasi bukan saja di hospital, malah boleh berkhidmat di farmasi komuniti pusat beli belah, pensyarah, pengurus produk di syarikat farmaseutikal, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan serta pegawai penyelidik. 

Potensi kerjaya sebagai ahli farmasi adalah cerah kerana kerajaan kini dalam usaha mengurangkan nisbah penduduk kepada ahli farmasi daripada 1:4,335 kepada 1:2000. 

Persatuan Farmasi Malaysia juga dalam usaha mendapatkan ‘Dispensing Right’ ahli farmasi bagi membolehkan lebih banyak Farmasi Komuniti dibuka sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi graduan bidang ini.

Kelayakan akademik bagi menjadi ahli farmasi adalah Ijazah Sarjana Muda Farmasi dan antara universiti yang menawarkan program ini adalah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi Mara serta Universiti Sains Malaysia.



Bidang Pengajian Sains Farmasi


Tahukan anda, mungkin ada antara kita yang mendapat tawaran pengajian sains farmasi.
Apakah  subjek sains farmasi ni? Konsep apa yang dipelajari? Apa prospek kerjayanya?
Pengajian sains farmasi ini juga salah satu bidang yang baik untuk korang pilih. Sejajar dengan kemajuan dunia serta cara hidup yang rendah kualitinya membuatkan ramai yang menghidapi penyakit walaupun penduduk yang semakin bertambah. Bidang sains farmasi ini banyak ditawarkan di universiti awam dan juga segelintir di universiti swasta. Contoh di peringkat ijazah ialah Ijazah Sarjana Muda Farmasi ( kepujian ). Kebiasaannya kursus ini tempoh belajarnya adalah 4 tahun.Kejap je kan?Heh...

Apakah yang dipelajari ?

Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :

  • Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil.
  • Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
  • Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
  • Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
  • Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.Surely ni paling mantap.You Know what I mean (==)v
  • Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Kerjaya?

  • Hospital adalah paling sinonim termasuk hospital-hospital di universiti, angkatan tentera, kerajaan dan juga swasta.
  • Bertugas dalam pengurusan dalam syarikat-syarikat farmaseutikal Multi-nasional dan tempatan
  • Menyambung pengajian sebagai pensyarah dengan terlibat dalam akademik dan penyelidikan.Ok,ini paling best dan paling kurang jumlah pharmacistnya!
  • Terlibat dalam industri Farmaseutikal  ( pengeluaran dan jaminan, mutu, pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan ubat-ubatan )
    Sekarang sudah boleh mula rancang kerjaya!