Thursday, January 8, 2015

Finally...it is 2015.

08/01/2015

yep.dah masuk tahun 2015.
kejap ja kan masa berlalu?
pejam celik pejam celik ja dah masuk tahun baru.
masa bergerak pantas.
umur semakin bertambah.
namun amal adakah juga bertambah??
jawapan ada pada diri sendiri.

tahun baru ni tiada apa yg aku harapkan.
Aku hanya harapkan satu perkara ja.
Semoga Allah ampun dan terima taubat dan amalan aku.
Tiada perkara yg lebih membahagiakan selain drpd membayangkan bahawa semua dosa aku telah terampun dan semua amal aku diterima.
'Masuklah ke dalam syurga melalui mana2 pintu yg engkau sukai!"
oh betapa bahagia aku seandainya aku mendengar ayat itu.

Sungguh banyak dosa aku telah kumpul tahun2 lalu.
Banyaknya ketawa,
banyaknya lagu dan cerita maksiat yg aku tengok.
banyaknya umpatan dalaman,
banyak...sungguh banyak.
Hanya DIA yg mengetahuinya.

Ya ALLAH,ampunilah hambamu yg hina dan lemah ini.
Matikan aku dalam keadaan aku reda padaMu dan Kau reda padaku.

AMIN.
P/S:Moga tahun ini banyak kebaikan yg dilakukan,Kurangkan dosa.Tambahkan pahala!
.