Friday, May 25, 2012
Keindahan manusia ciptaan Yg Maha Esa
Hensem kan mamat korea nie??
hehe...tujuan aq letak gambar nie bukannya utk mengada2 ke ape....
cume aq hanya nk bermuhasabah sebentar....sbb setiap kali aq terlihat pria2 yg cute sikit hati aq mesti terpaut dan
at the same time aq teringat pula firman ALLAH yg menyatakan tentang keindahan ciptaan-Nya yg pling agung iatu penciptaan manusia dalam surah Al Hajj ayat ke 5 yg bermaksud:
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.
Daripada maksud ayat Al Quran nie kita dapat lihat bahawa setiap manusia di dunia ini telah diciptakan oleh Allah Taala dengan sebaik2 kejadian...Apa tujuan penciptaan manusia??tak lain tak bukan hanyalah utk menyembah DIA dan bukan selainNya....
pesanan ini jugak ditujukan pd diri aq yg lemah ini kerana aq juga insan biasa yg selalu leka drpd mengingati tanggungjawab dan amanah yg wajib digalas oleh setiap insan utk menjadi khalifah di muka bumi ini....
insya-Allah sama2lah kita berusaha menjadi manusia yg pandai bersyukur dan bertakwa kepada Sang Pencipta kita..
Subscribe to:
Posts (Atom)