Sunday, October 3, 2010

Kata-kata hikmah


1. Baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburuk-buruk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta.

2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.(Hamka)

3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.(Horne)

4. Yang dikatakan kawan bukanlah yang sentiasa memuji-muji kamu,tetapi adalah yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

5. Kalau ingin hidup merdeka,tidak akan tercapai hanya berkata “ke muka maju sekata,maju kita,melemparkan jauh jiwa hamba.”(Usman Awang)

6. “ Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan”-Surah al-Hajj:77

7. “Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan."

8. Berundimg cerdik dengan pandai,faham dua menjadi satu.

9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang sentiasa memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang kita dapat lakukan.(Davey John Schwartz)

10. “Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap professional dan tidak menggunakan emosi dalam menjalankan tindakan”(Tengku Habsah Tengku Petera Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan)

11. “Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah.Secara umumnya lebih tinggi rasuah yang ada,lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki”-Profesor Diraja Ungku Aziz.

12. Sabar penghilang penat,tekun pembawa dekat.

13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

14. Terbang bangau sepanjang hari ke tasik jua akhirnya dicari.

15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

16. Siapa yang banyak bicara banyak pula salahnya ,siapa yang banyak salah maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya bererti dia tidak warak ,sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati (Saidina Ali Abu Talib)

17. Sabda Rasullallah s.a.w “akhlak yang buruk merosakkan amal bagai cuka merosakkan madu.”

18. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur.Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu sudah dekat,asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah.(surah Al-Baqarah:214)

20. Kekitaan yang erat tiada yang berat.